BdR. Bekerja dari Rumah. Bukan Berehat di Rumah. Bukan cuti. Saya mahu sangat mengusul kepada majikan saya untuk memberi kefahaman kepada kakitangan yang BdR agar mengerti sebenar-benarnya mereka masih bekerja, walau di rumah. Perlu sedar apa yang dilakukan selama jam bekerja itu. Upah bekerja itu harus setimpal dengan apa yang dilaksanakan. Sejak PKP dan ada fahaman tentang BdR, saya bertemu dengan jawapan begini apabila ada maklumat perlu didapatkan daripada kakitangan, "Saya Bdr." Jadi, apa masalahnya? Apa yang Sdr kerjakan sepanjang bekerja di rumah? Sedangkan saya rasa BdR sangat meletihkan kerana hampir bekerja sepanjang hari hingga ke malam kerana mahu memastikan rezeki saya bersih. 

Comments

Liza said…
Bdr lagi penat sebab senantiasa mengadap PC
Mawar said…
Sdr Liza
Benar.
safwan razali said…
Telefon saya aktifkan sentiasa Dr. Mawar, risau kalau ada majikan atau rakan yang bertanya itu dan ini. Tapi saya juga ada masalah yang sama seperti Dr. Mawar, ada mesej atau panggilan yang tidak berjawab. :(
Mawar said…
Cikgu Safwan,
Kita belajar erti keutuhan dan ketulusan.