Posts

Showing posts from May, 2021
Image
  BdR. Bekerja dari Rumah. Bukan Berehat di Rumah. Bukan cuti. Saya mahu sangat mengusul kepada majikan saya untuk memberi kefahaman kepada kakitangan yang BdR agar mengerti sebenar-benarnya mereka masih bekerja, walau di rumah. Perlu sedar apa yang dilakukan selama jam bekerja itu. Upah bekerja itu harus setimpal dengan apa yang dilaksanakan. Sejak PKP dan ada fahaman tentang BdR, saya bertemu dengan jawapan begini apabila ada maklumat perlu didapatkan daripada kakitangan, "Saya Bdr." Jadi, apa masalahnya? Apa yang Sdr kerjakan sepanjang bekerja di rumah ? Sedangkan saya rasa BdR sangat meletihkan kerana hampir bekerja sepanjang hari hingga ke malam kerana mahu memastikan rezeki saya bersih. 
Image
   Kesan Indera dalam Bercerita untuk Kanak-kanak. Ternyata banyak yang perlu diperhatikan. Terima kasih DP Zaliza Alias.
Image
  Ilmu baru dan saya sangat teruja untuk menuntutnya! Terima kasih Dr Hayrol Azril Mohamed Shaffril.
Image
  Salam lebaran tahun kedua yang masih tidak seperti dahulu.  Saya dititip foto cantik ini. Dan saya senang sekali melihatnya berulangkali. Semua watak mengenakan pelitup muka. Sepertinya mereka sedang terperangah dan cemas juga. Saya menebak mereka dalam ketakutan dengan wabah yang berada di depan. Si lelaki itu dengan gaya melindungi, cuba mengamankan sahabat perempuannya. Keberaniannya juga sangat diduga saat cuba dirangkul. Kasihan sekali, dalam mahu meraikan kemenangan Idul Fitri, kita juga kian ditundukkan wabah yang masih meliar. Taqabbalallahu minna wa minkum...
Image
  Sulit memang. Dalam mengenang amalan yang diikrar sepanjang Ramadhan kali ini, saya terserempak dengan pelajar perempuan bertudung yang meneguk air dari tin minuman di hentian bas kampus. Ya di khalayak ramai. Saya betul- betul tertegun. Adakah saya silap melihat. Adakah saya bermimpi yang ketika ini bukan Ramadhan. Setelah memerhati beberapa detik, saya menghampirinya dan menegur. Jawaban yang aneh adalah, saya terlupa . Saya sempat perhatikan temannya, juga bertudung, mengenakan cat kuku berwarna biru. Allah, saya juga orang tua yang banyak kali hilang arah. Banyak sekali berdepan dengan aneka pelanggaran. Meninggalkan kedua-dua mereka, saya seperti mengingat tentang betapa sulitnya saat saya mahu menyantuni  hati sendiri.
Image
  Memasuki sepuluh yang terakhir. Seperti yang ditebak, semuanya datang dan berlalu seperti angin deras. Dalam sekejap semua sudah menghilang. Sekali lagi, saya menempuh jalan kebaktian yang sunyi. Ternyata tidak sama lagi seperti dahulu. Sesekali saya mencari-cari. Sesekali saya mahu ambil peduli.