sudah lama berlalu
Sesekali saya bekerja dari kantor, sebelum diarahkan sepenuhnya. Entah bila. Dan fakulti sepi walau semester baru sudah bermula. Bekerja mendekati jendela, saya kembali dapat melihat Si Putih melayah rendah. Kubah masjid universiti yang kelihatan separuh dari penjuru ini. Mendongak langit yang menduga-duga. Saya seperti menonton kembali apa yang sudah lama berlalu. Saya menghampiri mereka dalam sebak dan hiba.
Comments