Entah, semangat Jepang atau mahu mencoba, saya cepat menyediakan bancuhan keju philadelphia, krim pekat, telur dan sedikit gula, sedikit tepung jagung. Sesekali enak berubah rasa daripada coklat kepada masam keju, walau orang gerd seperti saya tidak digalakkan mengambil bahan tenusu. Ternyata kek keju bakar basque ini enak mencair perlahan-lahan di antara bibir dengan angan-angan yang tinggal dibawa talun kenangan. Saya melihat hujan petang yang mula menuang musimnya, sambil melanjutkan baki kek di sudu, kek yang sudah didinginkan semalaman lalu. 

Comments

Liza said…
Sedap! Menggoda!