Hari ini saya jumpa lagi nama gelaran. GS. Sebelumnya, TS, yang saya fikir awalnya Tan Sri. Rupa-rupanya ia adalah Teknologis Profesional (mengapa bukan TP?). GS pula adalah Geospatialist. Tapi saya teringat GS adalah Goal Shooter, posisi saya sewaktu di padang bola jaring zaman persekolahan dulu (Sdr tentu tidak percaya). Allah ya Allah. Begitu pangkat dan gelar menjadi permainan kejar mengejar. Sekali lagi saat berjumpa GS dan TS, saya dibentangkan QS Yunus: 57, didatangkan al-Qur'an menjadi penawar penyakit yang ada dalam dada. Benar sekali!
Comments
Semuanya kerana arahan, bukan kerana kebanggan🥲.
Dunia yang sudah jungkir balik.
Dari mana muncul si Tupai tu?