Hari yang bersejarah juga untuk julung kali saya diminta memberikan ucaputama di tempat sendiri. Rasa penghormatannya berbeda jika dibandingkan saat saya berdiri di hadapan persidangan di luar negara untuk maksud yang sama. Ya, undangan POGRES 2020, saya dapat rasakan sangat tulus. Terima kasih. Maka saya menyampaikan ketulusan juga tentang wilayah kesarjanaan yang saya lihat, yang saya lalui. Melalui naratif kemuning, saya membelah celah dahan, daun dan ranting untuk membawa khalayak seminar ke banyak wilayah sains sosial dan kemanusiaan termasuk bahasa, komunikasi, sejarah, geografi, psikologi dan pasti sahaja bidang kecintaan saya, kesusasteraan. Mudah mudahan ada manfaatnya. Dan saya dengar ada teman yang mahu mendapatkan kemuning untuk bakal dipajang di laman rumah. Mudah mudahan mewangi terus.
Comments
Terima kasih.
Hubungi saya 0192866227.
Terima kasih.