Saya punya banyak rumpun rindu. Antaranya hawa pantai, gema gelombang, deru ombak kecil yang pergi dan datang. Saya anak kelahiran pulau, daerah bawah sedar saya sering menghantar gemuruh laut yang seakan tidak pernah mahu surut. Sejak dulu. Aneh, Sdr. Dia masih berlama di telinga saya. Jadi akhirnya, berselang malam, tidur saya pasti bersama-sama pengucapan tentang samudera yang perlu dieja berkali-kali kerana sering mengundang makna dan teka teki yang bertukar dan nyata bedanya. Benar, Sdr tidur saya dihampiri deru.
Comments