Saya dititip kepingan seni ini. Dan ia saya pajangkan di dinding gua kerja. Terrnyata ia amat mengilhamkan, Sdr. Datangnya seperti mahu membawa saya ke suatu  ruangan yang jauh, ke hujung sempadan laut. Di sana kami meninjau banyak riwayat yang pernah rapat dan perginya bersama gelombang di lengkungan langit percaya dan garis sangka.

Comments