Ruang pekerjaan saya semakin tidak menghormati hujung minggu atau waktu malam kami. Ada ketua yang mengeluarkan arahan kerja seawal jam 2 dini.  Hasrat untuk menuju kehidupan yang sejahtera hanya merupakan kerangka teoritis jelek yang menjengkelkan dicatat di atas kertas. Sedang sebenarnya apa yang dilalui adalah seluruhnya jalan materi. Saya masih tanyakan, apakah bujukan majikan untuk mengamankan jiwa kami sewaktu jam bekerja, selain daripada melihat angka dan baris statistika. Makanya saya sangat percaya Allah menuntun hati saya mengenepikan kerja yang seperti gunung sekarang, untuk sepuluh hari ini. Saya simpan rasa nyaman dan jernih untuk diri sendiri, Sdr. Ternyata saya merasakannya. Menyitir bujukan Kang Hasan, ubah lelah jadi lillah! Saya tiba-tiba mahu menikmati brulee sama.


Comments

Anonymous said…
Juga timbul persoalan antara universiti dengan keuniversitian. Kalian sedang mengejar dan mencari apa sebenarnya?
Mawar said…
Sdr Anonymous
Soalan Sdr membawa saya kepada watak lelaki dengan kupu-kupu biru di dadanya dalam cerpen "Kupu kupu Biru di Penjuru Qalbu". Dia juga mengejar dan mencari. Saya juga bertanyakan soal yang sama, Sdr