Muharam yang masih awal. Tanggal 10. Saat yang nyaman untuk menaakul sejarah kemanusiaan yang banyak berlaku pada kotak takwim yang sama. Hari yang baik juga untuk saya berdiam daripada rutinitas. Menjalani tahun yang baru bermula, sering dipenuhi hasrat dan tekad. Saya pernah berdoa seperti apa yang dimahukan Nabi Daud dalam tangis penuhnya kepada al-Khaliq. Apa mahunya? Kembalikan kejernihan masa lalu padaku, ya Rabb! Sdr tahu apa jawab Tuhan. Permintaan yang sangat jauh, wahai Daud, tidak ada jalan bagi mengembalikan masa yang berlalu! Saya mahu menyertai tangis Daud juga.
Comments
Mudah mudahan Sdr dalam rangkulan yang sama.