Tulisan saya tentang SDD. BH Online 26 Julai 2020. Terima kasih kepada Sdr Hafizah Iszahanid yang menyiarkan. Saya tertinggal satu maklumat penting, Jurnal Melayu , UKM Bil. 16 (2) 2017 pernah menyiarkan puisi SDD.
Saya mengikuti acara ini. Dan saya sangat terkesan apabila Menteri Kewangan Indonesia juga turut serta malah membaca puisi. Alangkah di negara saya, menteri dan para profesor merentas disiplin apa pun, bersedia membaca puisi Sang Penyair (yang juga seorang ilmuwan) sebagai tanda hormat dan sanjungan. Alangkah!
Terima kasih kepada DBP dan panel pembicara. https://www.facebook.com/DBPMalaysia/videos/278392340150811/?__so__=channel_tab&__rv__=all_videos_card Aneh melihat wajah sendiri.
Saya dititip dua novel ini oleh pengarangnya, Mohamed Salleh Said, mantan profesor sains UKM. Kumpulan penyelidikan kami yang mengkaji karya golongan profesional, menerima kabar ini dengan keterujaan. Terima kasih, Prof.