Sawah padi di pintu jalan masuk ke rumahnya. 


Kelaziman baru sedang kita jalani? Atau semuanya mahu kita nafikan. Ibaratnya C-19 adalah mimpi paling ngeri pernah memasuki tidur. Mungkin juga sama saat saya menerima tiap kali khabar kematian tiba di pintu. Selepas Pak Malim, berselang dua hari mantan pelajar seliaan pertama saya, turut berpulang pada usia 44 tahun. Ia juga mimpi ngeri apabila mengenang kegigihannya dalam dunia pendidikan, sebagai aktivis sastera dan melanjutkan ijazah kedoktoran. Siapa dapat menggantikan tempatnya menghasilkan pelajar cemerlang untuk diterima di universiti. Mudah mudahan perjalanan keilmuan menjadi sahabat baiknya di alam baru. Al fatehah buat Mohd. Faizal Said.

Comments

Anonymous said…
Salam takziah buat Sdr. Saya percaya ilmu yang bermanfaat yang Sdr titiskan kepadanya dulu bertali-temali kebaikannya bagai air sungai yang terus mengalir tanpa hentinya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Insya-Allah. Aamiin Allahumma aamiin. Terima kasih, Sdr.