Kehadiran saya di pejabat masih berselang selang. Jika keperluan untuk hadir atas talian, saya akan bekerja dari rumah. Ya memang aneh. Dan apabila harus ke pejabat, masa saya juga tidak seperti dahulu. Kuliah dan mesyuarat yang masih belum bersemuka, tidak menjadikan saya berlumba lumba lagi mendapatkan petak letak kereta. Fakulti masih sunyi, sampai hujung tahun saya kira. Jadi saya tidak pulang lewat seperti dahulu. Selain takut sendirian di aras lima ruang kerja yang dingin, saya juga takut melihat matahari senja. Tidak seperti dahulu, saya menunggu-nunggu langit petang yang indah jingga. Namun tidak sekarang, Sdr. Langit petang di kampus sekarang sangat berdukacita garis garisnya. Dia tidak seperti dahulu, Sdr.
Comments
Benar, masih belum tersibak.