20 Jun. Hari ini dalam rencana awal, saya akan memperkatakan salah sebuah kumpulan cerpennya. Itu permintaannya lewat wa.  Tapi jalan takdir, tak siapa yang tahu. Dua hari lalu dia berpulang. Kelmarin entri saya tentang ketakutan melihat matahari petang nan jingga. Semalam saya membaca semula cerpennya "Menanti Matahari Terbenam di KD." Cerpen itu kami muatkan dalam Jurnal Melayu yang saya tangani beberapa tahun lalu. Dan saya mahu membaca kembali erti dan kisah matahari di hujung hari. Al Fatehah buat Pak Malim yang budiman. 

Comments