Seperti selalu Sdr, Ramadhan berlalu dengan cepat sekali. Kita memasuki hari ke 20. Satu titik yang membawa makna tersendiri. Baki sepuluh hari dan malam terakhir yang nyaman mahu benar-benar dinikmati. Sdr faham apa yang saya maksudkan. Maka lewat wa, kita menerima banyak peringatan beserta angka-angka dan banyak sekali congakan. Gandaan 10, 100 dan 1000 malah. Maka nantinya kita akan dapat sekian nombor kebaikan. Peribadi, saya rasa kurang enak. Ia sangat berkira-kira. Menyitir Saiyidina Ali, ia seperti satu perdagangan. Saya fikir kita tidak mahu begitu. Usah suka bermatematika dalam mentaati Allah.
Comments
Amalan saya sangat debu, Sdr. Tapi saya mahu jadikan upaya ketaatan itu sebagai tanda syukur. Semampunya. Insya-Allah.