Saya mengikuti acara atas talian UKM 50 tahun dua hari lalu. Saya ta'ajub mendengar para profesor yang bercakap perihal bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Dan mereka semua bukan dari bidang pengajian Melayu. Ternyata mereka sangat meyakini bahasa Melayu diangkat dalam bidang kaji bumi hatta perubatan. Pada hari yang sama saya terlihat ada syarahan sempena Jubli Emas UKM di Fakulti Perubatan. Penceramahnya seorang profesor dengan nama Melayu tapi judul syarahannya dalam bahasa Inggeris. Saya jadi bingung. Saya harap para ilmuwan ini semuanya tulus memelihara bahasa bangsa sendiri.



Comments

Anonymous said…
Keresahan Sdr juga adalah keresahan saya yang melihat seakan ada ketidakpedulian lagi dalam kalangan pendepan UKM sendiri dalam soal memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Menangis para pembina UKM..
Mawar said…
Sdr Anonymous
Resah kita yang tak sudah.