Latar pertemuan dengan Tujuh Pencinta |
Menjelang hujung minggu lagi. Ramadhan istimewa tahun ini sudah melepasi sepekan. Kaedah bekerja dari rumah kelihatannya belum begitu serasi. Bekerja dari rumah bermakna beraneka kerja di rumah yang perlu dilaksanakan. Dari tugas domestik hingga urusan pejabat dan kebajikan lainnya. Saya cuba tidak menyahut kerja rasmi selepas jam 5 dan hujung minggu dan cuti umum. Namun 1 Mei penyeliaan mahasiswa masih berjalan. Menyitir mahasiswa saya, ini semua kerja kemanusiaan. Saya terfikir, usah berkira-kira. Banyak yang Allah beri tanpa kita minta.
Comments