Apa rutinitas Sdr sejak musim penyendirian. Selain menghadiri tugas rasmi atas talian, apa yang yang Sdr lakukan dalam kurungan? Saya dititip tafsiran surah Yusuf yang penuh gerak plot; dari cemas, intrig, mahupun kebahagiaan. Semasa dipenjara, katanya itulah saat paling mengesankan kerana itu detik Yusuf mengenal Allah. Kita hampir memasuki bulan ketiga dipenjara daripada sarang kelaziman. Apa detik yang paling mengesankan Sdr? Selain murung, bingung, mengulang yang sama dalam kurungan; apa yang harus kita terima daripada kelaziman baru ini.
Comments