
Semenjak musim hawar berlangsung, kami sudah kehilangan banyak. Lebih-lebih lagi sahabat al-Qur’an yang sebelum ini selalu ada. Saya tidak tahu ke mana dia. Mungkin juga dia sudah dighaibkan selubung gelap menerusi kayu sakti sang penyulap. Mungkin juga dia berselindung di balik kotak hijab ajaib bagi mengelak daripada dijangkiti. ~ Sulapan Tujuh Pencinta ( Berita Harian, 24 April 2020) ~