Saya sudah bekerja di tempat yang sama lebih 20 tahun (dan tidak bermakna ia masa yang sangat panjang). Selama itu juga saya melihat banyak perihal amanah (bukan parti) yang tidak dihormati. Sdr tahu, kami harus merakam masa masuk bekerja setiap hari. Tapi saya tahu, ada yang meminta rakan lain yang masuk pejabat lebih awal untuk bantu rakam masa, sedangkan mereka datang lewat. Ada yang masuk dan rakam waktu awal, tetapi selepas itu hilang ghaib di balik banyaknya hijab. Ada yang rakam waktu untuk hadir acara rasmi tapi hadirnya hanya untuk mendaftar, sebaik selepas itu mereka juga ditelan ke alam ghaib. Pelik. Untuk apa bermain-main dan mempermainkan amanah. Untung apa bermain-main dan mempermainkan amanah.
Comments
Saya sedih.
Maaf, saya fikir penggunaan "masya-Allah" Sdr kurang tepat.
Sepengetahuan saya, "Masya-Allah" untuk perihal keindahan. Sebaliknya, digunakan "Subhanallah". Cuba tanya Ustaz.