Saya sengaja memilih foto yang tidak mewakili keremangan filem Pet Sematary (ejaan sematary yang disengajakan). Rupa-rupanya filem seram ini dipindah dari novel Stephen King. Saya peminat genre seram walau akan terjerit jerit nantinya sewaktu menonton dengan cara mengintai intai. Ia kisah tanah perkuburan yang boleh menghidupkan semula si mati. Saya membaca filem ini sebagai tamsilan kepada manusia yang tidak dapat menerima kenyataan sebuah kehilangan. Akhirnya saya jadi tidak seram, sebaliknya saya mahu menangis. Mengapa? Saya juga antara yang sukar menerima hakikat sebuah kehilangan. Apalagi kehilangan yang dirancang lebih awal. Saya menderita dengannya. 

Comments

umi_e said…
Nanti nak tengok jugalah...