Saya berkhidmat di sebuah institusi yang pada dasarnya sangat mengangkat Bahasa Melayu. Sejak wabah meliar, banyak pemakluman dari majikan, kami terima dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya menebak, bahasa kedua itu digunakan mungkin untuk mahasiswa luar negara yang belum sempat memahami bahasa Melayu. Kelmarin majikan kami mengirim emel seperti sebelumnya dengan nama Perutusan NC. Ia dimulakan dengan versi bahasa kedua diikuti dengan bahasa pertama. Peribadi saya pernah menulis kepada majikan saya itu, bagaimana selayaknya bahasa pertama didahulukan dengan kedudukan institusi kami yang terhormat. Setelah beberapa sapaan, saya percaya majikan saya tidak memahami bahasa sukma saya. Maka kali ini saya biarkan....
Comments
Syabas kepada NC Sdr!
Dia ada jawabannya.