Pesan Ustaz ZZ lagi. Usah tidur lewat. Hukumnya makruh. Saya baru tahu. Mata tua saya memang sudah tidak tahan untuk berjaga malam. Benar, tidak seperti dahulu. Saya tidak faham orang yang boleh bertahan melebihi jam 12 malam dengan mata terus melekat di wa, sejak siang. Sdr, saya mula rasa mahu buang wa ke dasar sungai atau laut yang dalam di hujung dunia. Selain cahaya wa yang memerangkap mata dalam gelap, bagus jika Sdr ada lampu meja di tepi. Saya selalu menggunakannya sebelum tidur untuk membaca. Ya, lampu yang nanti menemani Sdr berjalan jauh dalam mimpi. 

Comments