Sdr tahu, dalam hidup saya selain daripada selalu diperdaya dengan kata-kata manis, saya juga bertemu dengan ramai yang berjanji tapi selalu mungkir. Saya akan pulangkan buku besok. Itu bunyi janjinya. Sdr tahu, sehingga bertahun-tahun buku saya ghaib begitu sahaja. Saya ini mungkin terlalu pemurah atau baik hati. Saya mudah percaya, Sdr. Apalagi kepercayaan itu saya sandarkan pada ilmu yang harus selalu kita berbahagi. Ada baiknya suatu hari saya menyerahkan semua buku saya yang penuh di ruang kerja dan di rumah kepada pihak perpustakaan agar ia boleh dipinjam dan didenda jika lewat dipulang sehari pun. Tidak perlu letakkan pelekat khas sumbangan koleksi MS di rak berkenaan. Cukup saya tahu peminjam harus memulangkannya seperti yang dijanji. Sdr, saya walau sudah tua dan banyak yang saya lupa, saya tidak akan lupa pada janji.
Comments