Saya terperangkap di ruang kerja dalam hujan senja. Dari rangka jendela, gemuruh hujan ternyata sangat keras. Hampir tidak kelihatan perbukitan di seberang jalan atau kubah masjid kampus seperti waktu hari cerah. Pulang memandu dalam keadaan begini, akan lebih memerangkap. Menghidupkan lampu meja kerja, saya baru sedar hari kian gelap dan rupa-rupanya saya sendiri. Kampus semakin kosong dan dingin. Saya baru sedar, sering saya terperangkap dalam banyak suasana seperti ini, Sdr.
Comments
Membuat saya mahu terperangkap terus.