Saya berkesempatan menonton Parasite, gubahan Bong Joon-ho. Banyak sisi yang boleh dibahaskan tentang karya ini; antara kekayaannya memenangi Filem Terbaik Oscar 2020. Terkesan bukan sahaja memerihalkan peperangan kelas sosial tetapi bagaimana seni memperagakan peperangan berkenaan. Bagaimana dengan mainan teknik jengkelnya si hartawan Park terhadap bau bawah tanah, bau kemelaratan, bau si miskin Kim. Saya kerap mencari antara kerja seni yang begini dalam filem mahupun penulisan. Bagaimana saya mengingat dalam al-Qur'an betapa kita harus memihak dan mencintai faqir miskin. Hak mereka yang harus selalu dipertimbangkan dan bukan mengutamakan kehalobaan sendiri. Apalagi untuk mencemuh dan menghina bau bawah tanah. Sedang nanti, mereka yang banyak memenuhi ruang syurga. Saat itu pasti sahaja bau mereka lebih indah daripada segala haruman yang ada.
Comments
Saya sudah tidak ada tempat berbahgi.