Indah sekali pertemuan kami di penjuru Tanah Suci. Benar, sudah lebih satu dekad saya diasuhnya. Ketertiban. Rapi dalam setiap satunya. Secara seni saya memang dituntunnya untuk tidak jadi buru-buru - resam manusia yang sering al Qur'an tegur. Saya mahu selalu melafaz huruf dengan perlahan dan hati-hati, cuba memaknakan setulusnya. Saya mahu selalu mengerjakan rukun gerak dengan lemah lembut, penuh ketundukan. Baris doa bukan lagi rutinitas, sebaliknya penuh harap dengan tangan gementar.  Sdr, saya mahu mula belajar memerhati dengan mata hati. Bukankah nanti ia akan lebih membawa saya  ke ruang singkapan hijab dan dengannya saya lebih meyakini. Bukankah selama ini saya diperdaya dan dipermainkan mirage, bayang-bayang fatamorgana. Bukankah.  

Comments

Anonymous said…
Lara yang indah kepada tanah suci tempat kelahiran Rasulullah SAW dan para sahabah yang berjuang bersama Baginda buat kita..
Mawar said…
Sdr Anonymous
Salawat.