Angin panas dan kering, membawa saya mahu mencari ruang nyaman. Mana lagi lingkungan yang tenteram selain daripada duduk di samping al Qur'an yang menyejukkan, Sdr. Saya sudah hampir menjelang juz penutup. Bertemu dengan kisah Tsamud dan Aad yang dihukum dengan petir dan taufan, saya membaca akan hawa dan wabak yang tidak menentu sekarang ini adalah petaka. Saya mahu belajar terus kisah saat yang tetap berlaku. 

Comments

Anonymous said…
Mendakap Al-Quran yang tidak pernah menghampakan malah mendekatkan sekali.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Malangnya saya telah ditinggalkan sahabat al-Qur'an saya.
Anonymous said…
Tidak pernah meninggalkan. Malah masih dengan pola yang sama.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Menjelang surah surah khatam, saya terus sendiri, Sdr.