Selain berdepan dengan banyak pemergian, satu lagi yang perih dalam hidup, apabila harus duduk bersama-sama dengan ingatan yang kian hilang. Itu juga satu jenis pemergian, Sdr. Saya pernah menangis kerana harus memperkenalkan diri kepada Nenek Merah. Sedang saya merupakan cucu sulung, cucu yang disayangi. Nenek Merah mengalami amnesia. Sdr dapat bayangkan sejuta getar kesedihan saya? Saat banyak yang kian dilupa, bukan sebab usia Sdr. Saya percaya, ada jalan rahasia yang mahu disimpannya sendiri. Sepertinya, memaksa diri untuk melupakan.  

Comments

Unknown said…
Adakalanya kita berimpian untuk menggapai bintang, sedang diri hanya mampu memerhati.Dan akhirnya rebah meski di landasan rata. Apatah lagi jika sebuah pemergian itu datang dari busur yang dipanah secara tersembunyi. Selamat tinggal kenangan. meski sakit, kaki harus jua melangkah :-(
Qurratul 'Ain said…
Ini membawa saya kembali ke percakapan kita tempoh hari tentang amnesia, Dr. Sungguh, lupa adalah penyakit paling ditakuti. Saya cukup takut ia terhakis dan mengalir hilang. Saya ingin ingat semua kenangan kita bersama hingga sampai masa.
Mawar said…
Sdr Unknown
Salam perjuangan.
Mawar said…
Sdr QA
Ada yang mengajar saya untuk melupakan.
Anonymous said…
Saya tidak ingin melupakan apa-apa walaupun pahit untuk dikenang. Sekurang-kurangnya yang pahit itu biasanya menjadi ubat yang mujarab.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sdr ini luar biasa sekali!