Sewaktu di sekolah menengah atas, saya mempunyai guru Sejarah yang kurang deria dengarnya, tapi luar biasa sekali penceritaannya tentang sejarah dunia, dari Tanah Melayu hingga ke siasah Moghul. Namun saya masih tidak memilih mata pelajaran ini, setidak-tidaknya berbanding Geografi yang akhirnya menempatkan saya diterima masuk ke jabatan tersebut di kampus Bangi. Akhirnya saya sedar kedua-dua bidang pengajian itu banyak mengheret saya ke ruang pemaknaan kemanusiaan, bergandingan dengan lapangan kesusasteraan yang sangat saya cintakan. Apabila diminta sahabat, MKH, menulis tentang novelnya, Celam Celum Kuala Kubu, saya menziarahi semula kelas Sejarah, Geografi dan Kesusasteraan Melayu, di sekolah dahulu. Indah sekali.
Comments
Aduhai.
Saya belum berkesempatan.
Tahniah!