Mungkin ini ulangan lagi. Mungkin kita belum pernah atau jarang-jarang menerima titipan doa seindah ini dari sahabat yang mendakwa mengasihi. Makanya sejak lama, saya mahu sekali bersahabat dengannya. Dia akan selalu ada. Dan yang lebih tulus, memperoleh doanya (Ghaffir: 7-9)

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhan-Nya; dan beriman kepada-Nya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! Rahmat-Mu dan Ilmu-Mu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalan-Mu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dan peliharalah mereka daripada (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya).

Comments

Anonymous said…
Semoga hamba yang kerdil ini terangkum dalam doa yang dimakbulkan ini... Aamiin.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Insya-Allah, amin. Turut didoakannya.