Kami mula menerima dan merai mahasiswa baru. Seperti tahun-tahun lalu ucapan selamat, tahniah dan syukur bergema di mana mana. Satu yang berbeza kali ini, fakulti kami mewajibkan persembahan mahasiswa dan perjalanan acara sebahagian besar dalam bahasa Inggeris. Ia sangat aneh di sebuah universiti kebangsaan. Tidak dinafikan, saya sedih. Saya fikir ini bukan caranya. 

Comments

Liza said…
Turut berdukacita.
Mawar said…
Sdr Liza
Saya mencintai bahasa, apa saja. Tapi sekali lagi, bukan ini caranya.
Anonymous said…
Terus terpinggir di bumi sendiri
Anonymous said…
Lihat juga papan digital di ruang masuk ke kampus, bagaimana UKM menyambut mahasiswa barunya ... ada juga Selamat Datang, namun ada juga welcome... freshies arrive today.. apakah kepimpinan baru UKM tidak merasakan apa-apa?
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sdr juga melihatnya? Saya siap melaporkan kepada pihak berkenaan, ya, kepimpinan baru. Terima kasih atas perhatiannya.