Sdr tahu keanehan tentang sebuah kehilangan? Akan ada talun yang memantulkan dirinya dari dinding gua. Saya petik begini bunyinya: tidak seperti yang engkau sangka. Engkau tidak kehilangan aku. Tahukah, bahawa aku akan sentiasa bersuara kepadamu melalui semuanya. Ya, menerusi kenangan lalu. Benar, saya menyitir baris Ozkan.
Comments
Ada, Sdr. Ada kehilangan yang tidak hilang. Hilang tapi masih ada, sedang ia turut menghilang. Ambiguous, bukan? Misalnya kewujudan dan kehadiran Sdr di sini juga. Sdr tidak ada, namun ada. Atau sebaliknya, Sdr ada tapi sebenarnya tiada. Benar, ia ambiguous.