Saya melanjutkan bacaan. Kali ini saya menemukan keindahan akan segala sesuatu yang diciptakan Allah, yang bayang-bayangnya berbolak balik ke kanan dan ke kiri, dalam keadaan bersujud kepada Allah, sedang mereka berendah hati (an Nahl: 48). Saya menyelak tafsir Ibn Kathir. Begitu semua makhluk yang  mempunyai bayang bersujud dengan bayangannya kepada Allah; seperti gunung dan bayangnya. Dan bagaimana pula ombak, adalah sujudnya laut. Subhanallah. 

Comments

Anonymous said…
Subhanallah. Tapi mengapa ramai manusia terus engkar dan sombong untuk bersujud kepadaNya.
Anonymous said…
Sujud adalah fitrah makhluk kepada Yang Maha Pencipta. Namun ada yang enggan kerana mereka merasakan sudah cukup dan gagah untuk tidak mengharapkan apa-apa lagi dari Tuhan. Justeru, mereka menentang fitrah.
Mawar said…
Sdr Anonymous 1
Mudah mudahan kita dituntun ke jalan yang dirahmati.
Mawar said…
Sdr Anonymous 2
Sangat menakutkan.