Saya bukan anti-jamuan hari raya idul fitr. Saya tidak bersetuju, jamuan diadakan semasa jam bekerja; apatah lagi persediaannya mengambil masa. Apa lagi dipenuhi dengan nyanyian bermaaf maafan. Apa lagi ada pertandingan gerai tercantik dan makanan paling enak. Apa lagi kalau setiap blok, tingkat dan jabatan mengadakan jamuan masing-masing. Bukankah memadai hanya satu jamuan (tanda mengenang fitrah) diadakan setiap institusi. Apa lagi nantinya saya melihat longgokan sisa makanan yang sangat menyedihkan. Paling tidak namakan saja ia majlis riang ria! Apa lagi, kalau tidak saya ini dinamakan anti-jamuan hari raya idul fitr.
Comments
Kesedihan yang dalam.
Sangat menjengkelkan.