Antara tuntutan  kerjaya saya sejak kebelakangan ini adalah penulisan dalam jurnal yang ditampal jenamanya sebagai scopus atau isi atau wos. Sdr tahu, ia adalah pasar, tempat jual beli ilmu. Dan hampir semua orang tahu berapa harganya untuk lolos ke medan pasaran itu.  Saban hari, minggu dan bulan, ketua saya akan memperaga iklan, siapa yang berhasil. Setiapnya dihitung dan mereka dijulang sebagai juara. Dan Sdr tahu, saya tidak peduli itu semua. Saya sama sekali curiga akan muslihat urusniaga tersebut. Saya menulis bukan untuk dihitung atau diadu lomba.

Comments

Kanda Dr Mawar yang dirahmati Allah,
Saya juga curiga dengan jual beli ilmu sebegitu rupa. Alangkah malangnya dunia akademia kita. Sudah pasti kita menulis dengan lillahi taala demi cahaya agama. Moga Allah melindungi kita daripada menjadi penulis yang direkabentuk dengan sarat paksa dan sarat pura-pura. Allah al-Ghaffar, mohon ampuni kami semua!
Mawar said…
Adinda Dr Kay
Nanti akan diceritakan lebih lanjut tragedi keilmuan ini. Insya-Allah. Terima kasih sudi singgah.
Anonymous said…
Apatah lagi kini UA berlomba-lomba menempatkan diri pada strata tinggi dalam penilaian yang dicatur organisasi di luar lingkungan tamadun dan akal budi kita. Kita terus diperangkap untuk peroleh iktiraf yang dikaburi dengan kolaborasi, geran, pengantarabangsaan, kualiti, kebebasan akademik, ketersohoran dan segala jargon pendidikan kini yang semakin kehilangan makna. Sdr dan rakan-rakan, wacanakanlah secara terbuka dan berani.
Liza said…
Itu tidak termasuk “pembonceng gratis”
Mawar said…
Sdr Anonymous
Kelihatannya Sdr juga dari lingkungan akademia. Insya-Allah, saya orang kecil. Saya cuba cara saya. Terima kasih.
Mawar said…
Sdr Liza
Ya. Macam hantu.
Anonymous said…
Saya bukan dari lingkungan akademia. Hanya seorang petani kecil yang sering menanti hujan yang harus turun dengan sederhana.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sdr petani? Dan Sdr menulis dengan rapi sekali. Saya rasa terhormat seorang petani sudi membaca catatan kecil saya. Terima kasih.