Ya Allah, tuntuni saya. Sejak kecil saya sering diberitahu ibu agar tahu membawa diri. Namun sehingga setua ini saya lebih lupa mengukur rendah dan tidak selayaknya saya berada di hadapan manusia yang lebih terhormat dan bangsawan.
Katanya ini lebih kehilangan daripada sebuah kehilangan. Ini lebih sepi daripada kesepian yang melata. Ya, Allah berikannya kekuatan. Sesungguhnya cukup Engkau sebagai penolong dan sandaran.
Wahai pencinta kebaikan, raikanlah lapanganmu ini. Wahai pencinta kejahatan, berhentilah! Seruan malaikat saban tahun saat Ramadhan membuka dirinya. (al Tarmidzi)
Saya bukanlah begitu bodoh untuk memaknai isyarat yang diberikan. Banyak sudah tanda yang memberitahu. Saya sudah sedia untuk melupakan, seperti mahunya. Saya siap.
Foto dari kisah semalam Dalam sebak menerima kabar berpulangnya guru kuliah dhuha kami, Ustaz Abu Hassan Din al Hafiz, sama sebaknya mahu merangkul Ramadhan yang menjelang tiba. Saya sebak kerana bertemu dengan Ramadhan, bermakna nanti sekejap akan berpisah dengannya lagi. Cepat mahu saya mencari mukena baru bagi merai Ramadhan, lalu bersimpuh di sajadah yang satu itu. Sebak sekali.