Saya seperti mahu menguburkan wa sepertimana saya menutup sekian lama fb (jika Sdr masih bertemu dengan nama saya di fb, ketahuilah itu bukan saya). Wa banyak mengajar penggunanya berbohong, berpura-pura, dan mungkir dalam banyak perkara. Mengintai-intai ruang peribadi orang lain, sehingga tidak ada lagi erti kebersendirian. Saya tahu, Sdr yang membaca entri ini akan berkata, seperti fb, jangan lihat sisi jahatnya saja wa ini. Jika tidak melibatkan banyak urusan rasmi, saya memang mahu lenyapkan diri daripada kepungan wa ini. Mata saya semakin kabur dan hati saya juga kian sakit. Ke mana lagi saya boleh pergi, selain ke gua tanpa alamat itu. 

Comments

Liza said…
Saya juga seperti sdr.
Namun apakan daya bidang tugas yang memerlukan saya
senantiasa berada dalam persekitaran tersebut.
Saya sedang belajar melepaskannya bermula jam 7 mlm.
Anonymous said…
Kehebatan dan gua sering terakam dalam sejarah manusia...
Mawar said…
Sdr Liza
Terima kasih.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih.