Saya diundang ke sebuah sekolah untuk acara penyampaian hadiah kecemerlangan pelajarnya. Saya terima dan kemudian baru terfikir-fikir. Saya diminta merasmikan dan menyampaikan hadiah. Saya bayangkan saya seperti YB. Aneh juga saya menerima undangan ini. Mungkin juga pertimbangannya kerana yang melamar adalah kenalan lama. Mudah mudahan kehadiran saya tidak membawa bayangan terhadap sosok perasmi klise. Saya mahu datang dan berbahagi kejayaan. Tambahan, saya suka bau sekolah. Ya, saya mahu duduk di bangku panjang kantinnya nanti terlebih dahulu.
Comments
Saya baru pulang dari sekolah dan duduk dibangku panjangnya.
Apatah lagi guru besarnya teman lama! Yang mengayuh basikal dan saya memboncengnya!
Jiwa remaja.
Aduhai!