Berbunganya hati saya melihat kesungguhan mahasiswa kumpulan kali ini (tahun 1) yang menjalankan penyelidikan mereka dengan penuh keghairahan. Mereka akan ketawa setiap kali saya membeliakkan mata ketika menyebut keghairahan itu. Ghairah dalam membaca. Ghairah membentang hasil dapatan. Ghairah berbahgi ilmu yang diperoleh dari kutubkhanah. Ghairah berhujah dan berbahas dengan kumpulan lain. Ghairah bertanya di dalam kuliah. Ghairah yang seerti dengan teruja. Kami bercakap juga tentang penerima Hadiah Nobel (rujuk foto; antaranya Jean-Marie Gustave Le Clezio) yang menyediakan ruang untuk kesusasteraan. Betapa kesusasteraan jadi hadiah besar di peringkat dunia. Saya mahu mereka bersyukur sebagai mahasiswa kesusasteraan yang menawarkan banyak ruang, peluang, kebijaksanaan, kreativiti, dan kebahagiaan.
Comments
Sesungguh sastera sering dipandang sepi. Semoga merreka akan terus ghairah!
Dipandang sepi? Tidaklah!
Benar. Alhamdulillah syukur. Saya tidak pasti adakah ia ditetapkan SN yang mana ke universiti tertentu. Walau bagaimanapun kursus yang saya kendalikan semester ini akan membawa SN Dato Dr AR ke kuliah pada 30 April, insya-Allah.
Terus ghairah!