Saya akan bertemu dengannya setiap kali merasakan keadaan tidak begitu memihak. Saat saya tadabbur sendiri. Saat dhuha yang sepi. Tidak jarang sekarang menyahut azan di penjuru gua. Atau nanti malamnya tanpa sapaan dan saya melihat satu satunya bintang di langit lapang dan dia kelihatan sangat sendiri. Lagu Nenek Merah akan singgah, hati manusia cepat berubah dan ia sering disamakan dengan air laut yang pasang surut. Saya sangat percaya. Saya tahu inilah masanya.

Comments

Anonymous said…
Manusia memang sukar dimengerti. Singkirkan dia jika hadirnya menyusahkan. Sdr pun barangkali tidak mengenali sepenuhnya dan dia yang tidak menyumbang apa-apa.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sanggupkah Sdr?
Anonymous said…
Soalan yang sama kepada Sdr... Sanggupkah Sdr?
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sdr menjawab dengan soalan.
Ujian saya adalah ketulusan.
Dan Sdr mahu menjawab dengan soalan lagi?