Peribadi, saya sebak sekali menerima wa yang diperpanjang ini, mohon sumbangan untuk  membeli kubah masjid dengan nilai 120 ribu. Allahu akbar. Saya cepat mengenang maahad AM yang sangat sederhana dan mereka belum pernah meminta-minta. Saya segera mengingat Ustaz Sabri di Ranau yang sering mencongak congak untuk gantikan bumbung surau lama. Saya membaca catatan Syakh Azhar Nasser tentang kesibukan banyak pihak membina masjid yang besar (lagi dan lagi) sedang kebanyakan masjid besar itu kosong. Sedang masih ada keluarga fakir yang tidak tentu makannya, tidak ada guru al Qur'an di kampung pedalaman, atau anak-anak yatim yang belum tentu arah mana hari esok mereka. Saya sedih sekali. Saya jahil, saya tidak pasti adakah keperluan utama untuk kubah; sedang saya terbayang masjid luar negara yang sempat saya singgah, tanpanya.

Comments

Liza said…
Begitulah.
Bila gahnya masjid dipandang pada kubah.
Di Temasik juga banyak masjid tanpa kubah tetap berfungsi sebagaimana patutnya.
Anonymous said…
Saya tidak terimbau dengan seruan kubah sedemikian. Biarlah disalurkan kepada yang lebih wajar yang memperkukuh syariat berbanding syiar.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Saya sangat bersetuju.