Hujung minggu yang membawa ke cuti yang panjang. Cuti lagi. Seperti selalu, saat semua orang sedang bersuka ria di jalanraya dan lebuhraya, saya fikir saya jelas ke mana harus saya tuju. Selamat menikmati cuti. Buat YKC, SL, CL, HB dan ramai teman Tionghua lain termasuk tetangga di belakang dapur saya, xinian quaile.

Comments

Anonymous said…
Buat saya cuti panjang kali ini lebih bererti kerana menjadi saksi akad nikah sahabat sejati sejak kecil. Beriya-iya beliau inginkan saya menjadi saksi akadnya. Katanya ambil semangat dan berkat. Semoga kali ini, beliau lebih berbahagia.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Selamat pengantin baru buat sahabat sejati Sdr.
Bagaimana pula dengan Sdr?
Jika benar, Sdr Anonymous yang sama menziarahi saya,
bermakna Sdr seorang lelaki ya.
Anonymous said…
Ada kalanya Anonymous ini seorang lelaki. Ada juga Anonymous yang wanita.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Saya juga fikir begitu. Misteri masih.