Di rumah, saya pernah ada jadual jangan ganggu saya. Ia merupakan waktu saya menulis atau perlu membaca dengan tumpuan yang lebih. Akhir-akhir ini saya mahu membatalkannya. Saya fikir adalah suatu yang memerihkan apabila banyak syarat yang ditetapkan tentang perihal masa. Apalagi ketika yang tepat, kita memerlukan seseorang. Saya kian faham apabila ada sergahan jangan ganggu saya. Benar, ia pedih. Sebaliknya, ia adalah hadiah istimewa apabila ketika yang persis, sapaan kita disahut dan tahu yang kita ada harganya.  

Comments

Anonymous said…
Tentulah Sdr sebagai seorang sasterawan akademiawan hebat amat berharga buat sesiapa pun.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sangat debu.