Terima kasih Sdr Shahidan Jaafar atas siaran Narasi Cinta Saat Gempa (Mingguan Malaysia, 13 Januari 2019). Cerpen ini ada sejarahnya sendiri. Watak Timour, anak Hanafi dan Kartini sudah besar panjang. Sejak Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah, Lombok dan Senggigi, dekat sekali dalam jiwa saya. 

Mingguan Malaysia 19.1.2009

Comments

Anonymous said…
Tahniah atas penghasilan karya hebat ini. Pastinya banyak tafsiran yang boleh dibuat pada seluruh narasi tersebut. Teruskan berkarya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Allah Maha Hebat. Terima kasih perhatiannya.
Liza. said…
Tahniah.
Anonymous said…
Saya baharu usai membaca dengan sukma saya "Narasi Cinta Saat Gempa". Tafsiran Prof. Hanafi..“Cinta akan membuat kita tumbuh dan bersayap, isteriku. Cinta akan membuat kita mampu terbang dan kenal daerah hidup baharu yang lebih bermakna. Cinta itu akan mendukung kita melakukan yang terbaik bukan hanya untuk diri kita tetapi untuk orang banyak, dinda.” begitu indah bagai bulan penuh yang mengambang. Saya juga menjadi sebak sewaktu pertemuan Kartini dengan nenek pikun berdada pipih yang mengucapkan terima kasih kerana Kartini bersama suami menghidupkan Rasulullah kembali ke desanya.

Syabas sekali lagi, semoga Sdr terus berkarya yang terus menginspirasikan. Tidak sia-sia Sdr bergua sering.

Mawar said…
Sdr Liza
Terima kasih.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih kerana begitu menjadi sebahagian daripada Hanafi-Kartini. Makanya saya harus sering masuk mengungsi di dalam gua ya.