Sebelum meninggalkan ruang kerja lewat petang tadi, beberapa sahabat mengingatkan saya, cuti umum Isnin nanti. Jangan masuk pejabat. Pesan mereka lagi. Ya, saya pun baru sedar. Saya fikirkan cutinya Selasa. Iya, selalu begitulah saya dimaklumkan berkali kali kerana pernah saya ke kampus dengan menjinjing bekalan seperti selalu dan mendapati fakulti gelap gelita. Saya fikir ada gangguan elektrik, rupa-rupanya hari tersebut adalah cuti umum. Lucu saya ini, kan? Jarang saya menulis kelucuan saya di sini, walau sebenarnya saya ini suka berjenaka. Atau mungkin hanya saya sendiri yang merasakan ia menggelikan hati. Salam libur!
Comments
Lucu.
Sdr juga, saya percaya.