Petang Jumaat lagi. Menjelang hujung minggu lagi. Dan saya akan menuju Danau Sukma nantinya. Ia juga seperti pintu gua yang sering meraikan untuk saya masuk dan berlama-lama. Tidak jarang saya merasakan hanya di situ penjuru yang menerima saya seadanya. Tanpa peduli ragam dan ribut yang selalu saya heret sama. Dia masih selalu menawarkan ruang dan kenyamanannya, yang sudah menghilang dalam jadual Januari saya. 

Comments

Liza said…
Hujung minggu juga saya nantikan, agar saya boleh melarikan diri meneruskan pendakian.
Ia pendakian untuk membersihkan hati, membuang segala toksik yang bersarang dihati selama seminggu.Bau hutan yang mendamaikan, kicauan burung bagaikan berzikir seakan mengejek saya yang kurang zikir. Aduhai!
Mawar said…
Sdr Liza
Kebahagiaan.
Anonymous said…
Apa keadaan sekalipun yang Sdr alami adalah ilham buat Sdr untuk berkarya. Syabas
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mudah mudahan Allah terus mengilhamkan. Terima kasih perhatiannya.