Minggu sudah, banyak cerita tentang kanda-dinda sampai tidak boleh tidur malam. Ya, saya juga resah sepertinya yang membuat saya mahu mengungsi terus di dalam gua. Ya, saya juga sering terjaga antara tidur. Anehnya, saya sering dikejutkan dengan suara ini. Ia menjadi talun. Gemanya sangat menyelinap dan akhirnya melantun-lantun keluar dan masuk di ruang pengungsian saya. Entah dari puing tahun atau kenangan yang lama terkurung. Lalu, saya segera mempelawanya menyertai latar karya saya yang terbaru. 

Comments

Anonymous said…
Tidak sabar untuk saya membaca karya terbaharu Sdr yang sentiasa hidup walaupun dalam aras bahasa tinggi yang adakalanya sukar dijangkau ertinya.
Anonymous said…
Semoga saya tidak terlepas pandang nanti, bila karya kanda-dinda ini di siarkan. Maklumkan nanti ya, agar boleh menyimpan keratannya :-)
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sukar juga untuk mengerti akan diri sendiri.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Lama dulu saya pernah menulis kisah kanda-dinda ini. Kali ini bukan itu yang mahu saya tuliskan. Saya lebih terpesona dengan suara yang masuk ke ruang mimpi saya itu. Dia yang mahu saya ajak menyelinap antara narasi, dengan baris yang bertingkah.