Fobia. Trauma. Ya, selain saya ini seorang penakut. Kerana trauma saya tidak makan lembu bertahun tahun. Kerana trauma A dan A juga saya tidak makan ikan yang sangat saya senangi sekian lama. Dan mulai awal tahun ini saya sudah tidak boleh mengambil ayam, ya kerana fobia juga. Sekarang saya tidak boleh melihat orang dengan lahap menelan ayam. Allah ya Allah. Ada sahabat yang mahu mendapatkan saya ayat penenang hati untuk melupakan semua yang menakutkan itu. Sepertinya saya melihat hantu setiap kali ada yang menitip video atau foto lewat wa, yang membuat saya menangis merinding. Lembaga Penapis di rumah adalah Z dan AM. Saya akan meminta mereka mengimbas dulu. Atau tidak jarang akibat terlalu percaya kepada pengirimnya, apa yang saya lihat membuat saya mahu pitam dan sukar tidur malam. Ini pengakuan dan saya memang penakut walau selalu mencuba jadi berani. 

Comments

Liza said…
Allah ya Allah..
Anonymous said…
Oh, simpati sekali saya dengan Sdr. Juga maaf mendengarnya sedemikian. Barangkali sewaktu kecil Sdr sering ditakut-takutkan oleh keluarga, sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa.
Mawar said…
Sdr Liza
Ya, begitulah cerita dan nasibnya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Tidak juga. Sebaliknya apabila sudah tua sekarang ada yang suka menyakat saya.