Terasa benar hujung tahun apabila ramai yang bercuti. Kampus lengang (kebetulan juga musim kuliah baru berakhir) dan lebuhraya sesak. Seperti selalu inilah masa yang saya sangat suka berlama-lama di bilik kerja di kampus. Saya tidak akan mengambil cuti. Mahu sendiri terus. Membuat kopi dan melanjutkan kerja menulis. Aman dan nyaman sekali. Ini benar-benar berada di dalam gua. Ya, gua yang dimangga dengan kata laluan yang tidak ada siapa dapat meneka untuk masuk.
Comments
Insya-Allah jika ada kesempatan lain.
Biar saya diculik.